Saturday, April 26, 2008

Tanda - tanda kanser

  1. Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
  2. Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar diketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
  3. Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air,hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
  4. Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan.
  5. Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit.
  6. Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan,turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
  7. Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara > menjadi lebih mendalam.
  8. Kanser otak - sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
  9. Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
  10. Kanser darah (leukimia) -letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
  11. Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA >
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6,dan evening primrose oil


Kemana perginya kesopananmu?

Hari saya saya berjalan kaki ke tempat kerja. Seperti selalu saya jalan di tempat biasa. Mana lagikan? Takkan nak lalu tempat jalan yang jauh. Penat o0o0o. Kalau saya berjalan mata saya akan melilau macam orang gunung masuk bandar. Hehehe. Bukan apa, saja nak lihat suasana.

Sampai satu tempat tu saya rasa hairan. Kenapa? Sebab orang sekarang ni macam dah tak tahu nak hormat orang lain. Nak kata tak belajar, tak juga. Cara pemakaiannya mempamerkan yang empunya diri tu orang yang berpendidikan. Apa yang berlaku sebenarnya adalah orang itu keluar dari salah satu bank. Sebaik sahaja dia keluar, dia disapa oleh seseorang dengan lemah lembut dan sopan beserta salam tetapi orang tu buat pekak dan tak tahu sahaja. Dia terus masuk kereta, hidupkan enjin dan beredar. Budak tu sebenarnya menjual minyak angin untuk satu institusi pendidikan Islam. Entahlah kenapa orang tadi tu tak layan. Nak kata tidak ada duit, baru sahaja keluar bank ambil duit. Salam pun tak berjawab. Ish ish...

Inilah dilema sekarang yang melanda komuniti Tawau khasnya. Mana perginya budaya timur yang seringkali dilaungkan. Masalah ini bukan sahaja melanda di sini tetapi di mana sahaja di bandar dalam Malaysia ini. Bandar! Satu tempat yang gah dengan orang yang berilmu tetapi sayang tidak dengan akhlak. Sebab itulah kita kena amalkan ILMU, IMAN dan AMAL.

Sunday, April 13, 2008

Video SCHISM lawan dakyah Fitna

"JEDDAH: Seorang penulis blog Arab Saudi berjaya menghasilkan sebuah video selama enam minit berjudul Schism dengan memetik ayat dalam kitab Injil yang menghalalkan peperangan, sebagai reaksi tindakan ahli parlimen Belanda Geert Wilder menghina Islam menerusi filem bertajuk Fitna.

Raid Al-Saeed, 33, menunjukkan di dalam filemnya, beberapa petikan kitab Injil yang menggalakkan peperangan dan membuat tambahan dengan klip rakaman memperlihatkan kumpulan ekstremis Kristian menyampaikan ceramah berunsur keganasan.

[http://www.youtube.com/watch?v=rpiccERJaFk]

“Saya menghasilkannya dalam tempoh kurang 24 jam. Dalam ‘Schism’ saya menggunakan metodologi sama digunakan Wilders dan ia membabitkan petikan yang disalah tafsir,” katanya.

Beliau berkata langkah yang diambil untuk menghasilkan filem itu adalah bagi membuktikan bahawa adalah salah untuk mengadili dan menilai Islam dengan menonton Fitna. Petikan ini dicatatkan Raid pada penghujung filemnya.

“Memang mudah untuk memetik mana-mana bahagian dalam kitab suci dan menyalah tasfirkan petikan itu sehingga membuat ia seolah-olah kelihatan seperti sebuah kitab yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan.”

“Inilah yang dilakukan Geert Wilders untuk mendapat sokongan bagi ideologinya yang penuh perasaan kebencian. Berikutan itu saya menghasilkan Schism sebagai satu reaksi balas,” katanya.

Raid berkata beliau tidak percayai ada kitab suci menggalakkan keganasan dan pertumpahan darah.

Beliau berkata Fitna dibuat ‘berasaskan kebencian’ dan Wilders menyalahgunakan ‘kebebasan bersuara yang dinikmatinya,” kata beliau yang menambah, filem Wilders menunjukkan perasaan perkauman dan kebencian yang dimilikinya.

Apabila Raid mengirim klipnya ke YouTube pada 1 Mac, ia dibatalkan 12 jam kemudian dengan satu pesanan daripada laman itu yang menyatakan klip berkenaan bercanggah dengan terma yang ditetapkan.

Raid menulis semula kepada You Tube dan bertanya mengapa filemnya dibatalkan sedang Fitna dibenarkan untuk terus dilayari. Beliau memuat naik filem itu sekali lagi dan menambah mesej kepada pentadbir laman meminta mereka menyaksikan Wilders sebelum membatalkan ‘Schism’.

Video beliau sudah disaksikan lebih 1,800 kali dan kembali semula ke YouTube sejak 2 Mac. Ia juga boleh disaksikan melalui Google.

Raid menegaskan matlamat beliau bukan untuk menyemarakkan kebencian sebaliknya untuk memberitahu dunia bahawa seseorang itu tidak boleh mengadili sesuatu agama atau ideologi dengan tafsiran yang menyalahi hakikat dan perkara sebenar. – Agensi


Saturday, April 5, 2008

peterpan di tawau


Assalamualaikum..

Peterpan, sebut sahaja nama kumpulan ini tentunya semua sudah tahu siapa mereka. Apa yang lebih menerujakan bagi peminat mereka khususnya di Tawau adalah kumpulan ini akan membuat persembahan pada bulan April ini. (Tarikh dan masa saya tak sebut sebab tak nak subahat).

Tujuan saya bukanlah untuk mempromosikan kumpulan ini yang akan membuat persembahan di Tawau tetapi ingin saya ingatkan kepada sahabat semua janganlah terlalu terikut-ikut dengan budaya songsang/barat. Saya tidak katakan yang kita tidak boleh berhibur tetapi apa kebaikan yang akan kita perolehi daripada konsert seperti ini? Bagi saya tiada faedah langsung. Jika kita ingin katakan ingin mendapatkan hiburan, apakah dengan memuja dan menghadiri konsert ini sahaja yang dapat menghiburkan kita? Tentunya tidak. Ada banyak lagi benda yang boleh kita lakukan untuk menghiburkan diri.

Bayangkan apa yang akan berlaku pada malam konsert tersebut. Saya tidak setuju jika kita katakan semuanya yang datang dengan niat untuk menghadiri konsert tersebut. Para muda mudi akan menjadikan konsert tersebut sebagai alasan mereka untuk keluar bersama sebelah malam. Tentunya ini bukan perkara yang baik. Fikirkanlah..

Islam diserang dalam pelbagai bentuk. Serangan psikologi adalah kaedah musuh Islam kini. Contoh yang paling jelas adalah dengan hiburan. Kalau kita tutup semua pintu hiburan seperti ini tentunya ada sebilangan orang Islam sendiri yang akan tidak menyetujuinya. Kenapa, kerana hati mereka sudah terkesan dengan dakyah orang kafir. Mudah bukan. Dunia tanpa sempadan, globalisasi dan bermacam lagi istilah yang dibuat untuk memecahbelahkan umat Islam. Dalam Islam sendiri kita terikat dengan cara hidup Islam. Dunia Islam ada sempadan.

Belum pun selesai dengan isu filem pendek 'FITNA' yang disebarkan oleh ahli parlimen Belanda Geert Wilders melalui youtube yang menghina Islam, kini masyarakat Islam Tawau akan diserang secara langsung dengan satu lagi dakyah untuk meracuni pemikiran terutamanya golongan muda untuk terus dilalaikan dengan hiburan yang melampau. Sedarlah sahabatku. Kita sentiasa diperangi dari segenap penjuru.

Thursday, April 3, 2008

Semangat Yang Hilang

Perkembangan dunia IT yang terlalu cepat membuatkan saya juga tercabar untuk mencuba apa yang kini semakin hangat dikatakan orang ; blog. Ini merupakan satu permulaan bagi saya yang ingin turut serta dalam dunia yang semakin canggih ini.

Semakin ramai orang meluahkan apa yang mereka rasa dan kehendaki melalui medium seperti ini. Apa yang paling menerujakan saya adalah peralihan kuasa negara banyak dipengaruhi oleh blogger kerana media massa negara yang berat sebelah dalam memberi maklumat kepada masyarakat. Ini adalah kuasa blog yang dahulunya diperkecilkan. Sungguh luar biasa..

Saya juga ingin meluahkan apa yang saya rasa terutamanya sekarang ini Islam sekali lagi difitnah oleh Fitna yang cepat tersebar melalui laman web youtube. Apapun, semuanya akan saya luahkan dalam post yang seterusnya..