Saturday, April 5, 2008

peterpan di tawau


Assalamualaikum..

Peterpan, sebut sahaja nama kumpulan ini tentunya semua sudah tahu siapa mereka. Apa yang lebih menerujakan bagi peminat mereka khususnya di Tawau adalah kumpulan ini akan membuat persembahan pada bulan April ini. (Tarikh dan masa saya tak sebut sebab tak nak subahat).

Tujuan saya bukanlah untuk mempromosikan kumpulan ini yang akan membuat persembahan di Tawau tetapi ingin saya ingatkan kepada sahabat semua janganlah terlalu terikut-ikut dengan budaya songsang/barat. Saya tidak katakan yang kita tidak boleh berhibur tetapi apa kebaikan yang akan kita perolehi daripada konsert seperti ini? Bagi saya tiada faedah langsung. Jika kita ingin katakan ingin mendapatkan hiburan, apakah dengan memuja dan menghadiri konsert ini sahaja yang dapat menghiburkan kita? Tentunya tidak. Ada banyak lagi benda yang boleh kita lakukan untuk menghiburkan diri.

Bayangkan apa yang akan berlaku pada malam konsert tersebut. Saya tidak setuju jika kita katakan semuanya yang datang dengan niat untuk menghadiri konsert tersebut. Para muda mudi akan menjadikan konsert tersebut sebagai alasan mereka untuk keluar bersama sebelah malam. Tentunya ini bukan perkara yang baik. Fikirkanlah..

Islam diserang dalam pelbagai bentuk. Serangan psikologi adalah kaedah musuh Islam kini. Contoh yang paling jelas adalah dengan hiburan. Kalau kita tutup semua pintu hiburan seperti ini tentunya ada sebilangan orang Islam sendiri yang akan tidak menyetujuinya. Kenapa, kerana hati mereka sudah terkesan dengan dakyah orang kafir. Mudah bukan. Dunia tanpa sempadan, globalisasi dan bermacam lagi istilah yang dibuat untuk memecahbelahkan umat Islam. Dalam Islam sendiri kita terikat dengan cara hidup Islam. Dunia Islam ada sempadan.

Belum pun selesai dengan isu filem pendek 'FITNA' yang disebarkan oleh ahli parlimen Belanda Geert Wilders melalui youtube yang menghina Islam, kini masyarakat Islam Tawau akan diserang secara langsung dengan satu lagi dakyah untuk meracuni pemikiran terutamanya golongan muda untuk terus dilalaikan dengan hiburan yang melampau. Sedarlah sahabatku. Kita sentiasa diperangi dari segenap penjuru.

No comments: