Saturday, April 26, 2008

Kemana perginya kesopananmu?

Hari saya saya berjalan kaki ke tempat kerja. Seperti selalu saya jalan di tempat biasa. Mana lagikan? Takkan nak lalu tempat jalan yang jauh. Penat o0o0o. Kalau saya berjalan mata saya akan melilau macam orang gunung masuk bandar. Hehehe. Bukan apa, saja nak lihat suasana.

Sampai satu tempat tu saya rasa hairan. Kenapa? Sebab orang sekarang ni macam dah tak tahu nak hormat orang lain. Nak kata tak belajar, tak juga. Cara pemakaiannya mempamerkan yang empunya diri tu orang yang berpendidikan. Apa yang berlaku sebenarnya adalah orang itu keluar dari salah satu bank. Sebaik sahaja dia keluar, dia disapa oleh seseorang dengan lemah lembut dan sopan beserta salam tetapi orang tu buat pekak dan tak tahu sahaja. Dia terus masuk kereta, hidupkan enjin dan beredar. Budak tu sebenarnya menjual minyak angin untuk satu institusi pendidikan Islam. Entahlah kenapa orang tadi tu tak layan. Nak kata tidak ada duit, baru sahaja keluar bank ambil duit. Salam pun tak berjawab. Ish ish...

Inilah dilema sekarang yang melanda komuniti Tawau khasnya. Mana perginya budaya timur yang seringkali dilaungkan. Masalah ini bukan sahaja melanda di sini tetapi di mana sahaja di bandar dalam Malaysia ini. Bandar! Satu tempat yang gah dengan orang yang berilmu tetapi sayang tidak dengan akhlak. Sebab itulah kita kena amalkan ILMU, IMAN dan AMAL.

No comments: